Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kaedah pembayaran e-dompet tersebut bertujuan untuk menarik golongan muda menggunakan aplikasi Boost dan berbelanja di Jakel tanpa sekatan dan disamping itu mereka juga dapat menikmati berbagai ganjaran yang disediakan Boost.

“Aplikasi ini boleh digunakan di empat cawangan Jakel iaitu di Kuala Lumpur, Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru bermula hari ini. Kita akan perluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat.

“Boost mempunyai lebih 3 juta pengguna sehingga hari ini, serta 35,000 rakan niaga fizikal dan dalam talian seluruh negara jadi saya berharap dengan kerjasama Jakel dan Boost, dapat memudahkan pelanggan-pelanggan kami tidak kira yang baru atau yang lama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE