Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Belanjawan 2019 perlu disemak semula bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir.

"Kita ada suplementari bajet setelah kita laksanakan bajet yang kita ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Not Emas Harapan hasil inisiatif syarikat barang kemas, Poh Kong di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan pendapat beberapa pakar ekonomi termasuk Prof. Dr. Hoo Ke Ping yang mencadangkan Belanjawan 2019 disemak semula untuk membantu masyarakat luar bandar seperti nelayan, penoreh getah dan peneroka kelapa sawit yang dihimpit tekanan ekonomi. - UTUSAN ONLINE