peruntukan sebanyak RM4.417 billion.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM3.057 billion, manakala, perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM1.360 billion.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan memberitahu, antara penumpuan bagi sektor pertanian pada tahun 2019 adalah:

- RM47 juta untuk R&D bagi meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan

buah-buahan;

-RM18 juta untuk automasi industri agromakanan;

-RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan

industri tani termasuk bagi menarik penglibatan golongan muda

menceburi sektor agromakanan dimana RM20 juta diperuntukan untuk

membangunkan Agropreneur Muda, pertambahan RM5 juta berbanding

2018;

-RM215 juta diperuntukkan kepada MARDI, tambahan RM3 juta

berbanding tahun 2018; dan

-RM98.5 juta bagi pakej Insentif Bersasar Nelayan.

Menurut kenyataan itu, kementerian masih mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Kerajaan untuk melaksanakan dan mendokong program-program yang berteraskan “people centric” bagi melahirkan lebih ramai kumpulan sasar yang produktif dan berdaya maju di mana aspek kajian dan pembangunan (R&D), teknologi serta modenisasi diberi penekanan di sepanjang rantaian nilai (from lab to table) sektor agromakanan.

MOA juga dalam peringkat akhir mereformasikan mekanisme pemberian subsidi dan insentif kepada sektor industri padi dan beras negara selaras dengan hasrat pelaksanaan pemberian subsidi yang lebih bersasar bagi memastikan kelompok petani yang menerima subsidi dan insentif tersebut masih lagi mampu menanam padi secara produktif dan seterusnya menjamin pengeluaran padi dan beras negara.

“Belanjawan 2019 yang bersifat “expansionary” ini akan membantu Kementerian dalam memastikan bantuan dan subsidi strategik yang lebih bersasar diberikan kepada semua lapisan masyarakat pertanian dan perikanan menerusi mekanisme yang memberi kebebasan kepada mereka sendiri dalam menentukan keperluan masingmasing.

“Di samping itu, golongan sasar MOA yang juga tergolong dalam kumpulan B40 turut mendapat perhatian daripada Kerajaan di bawah Strategi 4: Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup. Selain daripada insentif bersasar,

mereka juga akan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bergantung kepada saiz isi rumah serta kadar tambahan BSH sebanyak RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang sahaja),” demikian menurut kenyataan tersebut.

Peningkatan peruntukan pembangunan oleh Kerajaan merupakan salah satu langkah bagi merancakkan perkembangan ekonomi negara. Peningkatan ini adalah untuk memastikan agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan negara akan terus dibangunkan dengan mampan, bekalan makanan adalah selamat dan mencukupi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Melalui langkah ini, MOA serta agensi di bawahnya seperti Agro Bank, bakal mendapat modal yang lebih banyak untuk membantu para petani dan nelayan dalam aspek pembiayaan, pengembangan perusahaan dan perniagaan sedia ada.

“Secara keseluruhannya, MOA tetap menerima peruntukkan belanjawan dengan jumlah yang amat memberangsangkan bagi tahun 2019 untuk terus memajukan sektor pertanian negara, meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan sasarnya yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE