Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan itu perlu bagi membuatkan pelajar lebih seronok mempelajari bahasa Melayu dengan lebih baik.

“Jika dilihat proses pembelajaran subjek Bahasa Melayu ketika ini tidak menyeronokkan sehinggakan pelajar terutama daripada sekolah jenis kebangsaan sukar menjiwai bahasa kebangsaan.

“Untuk itu, pihak sekolah perlu menjadikan proses itu lebih santai dengan menyelitkan unsur pendidikan bercorak hiburan bagi menarik minat pelajar mempelajari bahasa tersebut,” katanya selepas merasmikan Forum Kebangsaan Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE