Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekas wartawan Utusan meninggal dunia

KUALA LUMPUR 18 April – Bekas wartawan sukan Utusan Malaysia, Wahi Ahmad Bakhtiar, 71, meninggal dunia di Hospital Serdang di sini akibat kanser prostat.

WAHI AHMAD
WAHI AHMAD

Allahyarham meninggalkan isteri, Siti Fatimah Din, 61, dan lima orang anak serta seorang cucu.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Najihah Wahi, 21, bapanya itu menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja azan solat zuhur.

“Allahyarham dimasukkan ke wad dan menerima rawatan di hospital untuk penyakit dihidapi sejak dua bulan lalu.

“Solat jenazah disempurnakan di Masjid Taman Cheras Jaya dekat sini dan jenazah dikebumikan di Batu 10, Cheras Perdana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham yang merupakan peminat tegar pasukan bola sepak Selangor juga pernah berkhidmat di akhbar jawi, Utusan Melayu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain