Anak Allahyarham, Annies Suraya berkata, bapanya meninggal dunia pukul 7.50 petang.

“Arwah bapa dimasukkan ke Pusat Perubatan UIAM pada 27 Februari lalu yang berpunca daripada batu karang di saluran hempedu.

ALANG AHMAD TEH
ALANG AHMAD TEH 

“Akibat penyakit itu, berlaku pelbagai komplikasi sehingga arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alang berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang kewartawanan dan pernah berkhidmat di Pahang dengan tujuh Menteri Besar sebelum mengakhiri kerja­yanya pada tahun 1994 selaku Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang.

Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa ge­la­ran Datuk pada 2017.

Annies Suraya berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Normah Che Muhamad, 70, dan enam anak.

Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC di sini pada pukul 10.30 pagi esok.