Alang Ahmad
ALANG AHMAD

Anak Allahyarham, Annies Suraya berkata, bapanya meninggal dunia pukul 7.50 petang.

“Arwah bapa dimasukkan ke Pusat Perubatan UIAM pada 27 Februari lalu yang berpunca daripada batu karang di saluran hempedu.

“Akibat penyakit itu, berlaku pelbagai kompilasi sehingga arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alang berkhidmat selama 31 tahun dalam bidang kewartawanan dan pernah berkhidmat di Pahang dengan tujuh Menteri Besar sebelum mengakhiri kerjayanya pada tahun 1994 selaku Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang.

Allahyarham dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 2017.

Annies Suraya berkata, Allahyarham meninggal seorang balu, Normah Che Muhamad, 70, dan enam anak.

Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC di sini pada pukul 10.30 pagi esok. - UTUSAN ONLINE