Beliau tiba secara bersendirian kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan berkod hitam sambil membawa sebuah beg berwarna hitam.


Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan pengunduran Shukri dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed secara serentak ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tempat Abu Kassim digantikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad manakala tempat Shukri diambil alih Datuk Seri Azam Baki.


Bagaimanapun, difahamkan Dzulkifli telah meletakkan jawatannya dengan menyerahkan surat tersebut kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.-UTUSAN ONLINE.