Wong Soon Kai

Soon Kai yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas Sains kepada kerajaan negeri sejak 1997 dan memegang beberapa jawatan menteri Ka­binet­ negeri serta­ Timbalan Ketua Menteri mulai 1994 hingga 1996, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4 pagi.

Pakar bedah yang berpe­ngalaman lebih 20 tahun, lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya, Singapura serta ahli Palang Merah England dan Edin­burgh itu akan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana dekat sini, Sabtu ini.

Beliau bersara daripada politik selepas tewas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek kepada mendiang Wong Ho Leng dari DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1996.

Mendiang me­nge­tuai SUPP sejak 1991 hingga 1996 sebelum menyerah­kan jawatan itu kepada Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

Soon Kai mening­galkan balu, Puan Sri Jane Yong dan tiga anak iaitu Wong Chee Liang, Wong Chee May dan Wong Chee Ling serta beberapa orang cucu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang sedang me­ngadakan lawatan kerja di Hong Kong ketika ini memberitahu, pemergian Soon Kai merupakan kehilangan besar kepada Sarawak.