Valls dilahirkan pada 1962 di Barcelona dengan bapanya seorang warga Catalonia manakala ibunya keturunan Switzerland-Itali namun dibesarkan di Perancis dan menghabiskan karier politiknya di negara itu.

Bagaimanapun masih tidak jelas peluang dimiliki Valls bagi meraih sokongan pelbagai kumpulan lain walaupun Parti Ciudadanos yang memenangi pilihan raya wilayah Catalonia tahun lalu pernah menyatakan sokongan terhadap Valls. - REUTERS