Perkara ini dinyatakan sendiri olehnya dalam laman sosial Twitter beliau sebentar tadi yang ditulis: “Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. Dan kini saya tahu saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga Allah merahmati kita semua.”

Turut dipaparkan sebanyak empat keping gambar yang menunjukkan bekas Perdana Menteri itu dikerumuni sehingga berlaku keadaan sesak dengan menerima pelukan demi pelukan dari kalangan ahli-ahli UMNO yang hadir sempena Persidangan tersebut.

Malah ramai yang mengajak untuk bergambar dengannya untuk kenang-kenangan di hari terakhir Persidangan tersebut hari ini. – UTUSAN ONLINE