Presidennya, Zulkifli Mohd. Noor berkata, parti itu membawa ideologi demokratik liberal yang terbuka kepada semua kaum dan tetap meneruskan agenda bumiputera.

Katanya, PAP bukan parti yang menentang Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang, sebaliknya merupakan parti pilihan yang berdiri sendiri.

“Parti kami adalah parti untuk menghimpunkan kalangan rakyat yang kecewa dengan situasi politik semasa. Kami merupakan platform orang muda untuk berpolitik dan menentukan hala tuju negara ke arah yang lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar sempena penubuhan parti itu di Hotel Quality, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Nasional, Lim Teow Leong dan Setiausaha Agung parti, David Dass.

PAP mendapat kelulusan rasmi untuk bergerak sebagai sebuah parti daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Oktober lalu.- UTUSAN ONLINE