Speaker Parlimen, Norbert Lammert berkata, Gauck, 72, memperolehi 991 daripada 1,232 undi setelah satu perhimpunan khas antara Ahli Parlimen dan badan perundangan negeri diadakan sekali gus menewaskan pencabar terdekat, Beate Klarsfeld, 73.

``Alangkah indahnya hari ini,’’ kata Gauck yang juga merupakan seorang calon pertama dari kawasan bekas komunis di timur Jerman, dilantik sebagai Presiden sambil menerima tepukan gemuruh di bangunan Parlimen selepas undi itu diumumkan. - AFP