ALLAHYARHAM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
 

Menantunya, Hasbullah Omar, 40, berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan mengalami komplikasi penyakit buah pinggang.

“Allahyarham sakit sejak April lalu dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selama dua bulan.

“Selepas itu, Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Kubang Buaya untuk rawatan susulan di rumah sebelum disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kubang Buaya di sini hari ini.

Abdul Rashid adalah Menteri Besar Pahang ke-11 dan dilantik ke jawatan itu pada 7 November 1981 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarham menjadi Menteri Besar dari 17 November 1981 hingga 4 Mei 1982 iaitu selama enam bulan. - UTUSAN ONLINE