Anak keempat Allahyarham, Nik Ina Naslisa, 38, berkata ayahnya disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dipanggil ke rumah.

“Saya tertidur di sofa sebelah arwah. Pukul 9 pagi saya tersedar dan nampak pernafasan ayah tidak seperti biasa. Saya panggil anggota keluarga lain sebelum menghubungi paramedik.

“Tak lama kemudian paramedik tiba dan periksa arwah, paramedik sahkan daddy sudah tiada,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar untuk urusan pengebumian dan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat asar.

Allahyarham berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun dan bekerja dengan Dr. Mahathir sejak 1981 bermula sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit sebelum dinaikkan pangkat kepada Ketua Setiausaha Sulit pada 1983.

Abdul Aziz bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada Mei 2000. - BERNAMA