Che Mat Abd Ghani
Che Mat Abd Ghani

Rakan karibnya, Ahmad Hilmi Hashim, 53, memberitahu, jenazah Che Mat selamat dikebumikan di sebuah ta­nah perkuburan di Tawau, Sabah pada malam semalam.

Bekas Pengurus Besar Perkhidmatan Harta Utusan Melayu (M) Berhad itu memberitahu, arwah bekerja sebagai pengurus ladang sawit sebuah syarikat swasta yang terletak di Tawau dan menetap di sana berseorangan berikutan keluarganya tinggal di Saujana Impian, Kajang.

“Kira-kira seminggu lalu, pekerjanya pergi ke rumah ar­wah yang sudah lima hari tidak datang bekerja dan mendapatinya terbaring di atas lantai. Mereka terus membawa Che Mat ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Allahyarham terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia pada pukul 10 pagi semalam.

“Sebelum ini saya ba­nyak kali menghu­bungi arwah dan kami bercakap tentang apa sahaja kerana dia seorang yang amat memahami. Arwah juga mudah didekati dan saya akan merindui kemesraannya,” kata­nya.

Allahyarham Che Mat me­ninggalkan seorang balu, Nuriah Mohd. Ghazali, 55, dan tiga orang anak, Diza Nuridzlihar, 31; Deela Nursyameen, 28, dan Diniy Al-Muqsit, 24.