Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika tidur di sebuah inap desa di Sungai Koyan di sini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob yang mengesahkan kejadian berkata, Allahyarham telah dibawa ke Hospital Lipis.

“Kita masih menunggu laporan dan kes ini tiada kaitan dengan unsur jenayah,” katanya. - UTUSAN ONLINE