Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang yang disebabkan pelbagai komplikasi penyakit yang dialaminya sebelum ini.

Jenazah Allahyarhan dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Cikgu Ali, Guar Nangka di sini, untuk dikebumikan esok.

Allahyarham menjadi ADUN Chuping selama dua penggal bermula 2004 hingga 2013 selain pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Semasa perkhidmatan, Allahyarham dekat dengan masyarakat setempat yang diwakilinya selain disenangi dengan sikap dan perwatakannya yang sederhana. - UTUSAN ONLINE