Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, pihaknya telah mengambil langkah persediaan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bahan berkenaan.

"Kita yakin bekalan sayur dan lain-lain mencukupi untuk menghadapi musim banjir yang mungkin berlaku.

"Kita jangka bencana itu berlaku pada penghujung November dan awal Disember, namun syukurlah tidak berlaku dan diharapkan situasi itu kekal sehingga tahun depan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis memorandum persefahaman (MoU) jual beli produk Roselle bersama-sama usahawan FAMA di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE