Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sekiranya berlaku masalah kekurangan bahan makanan, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan perlu mengimport dari negara jiran termasuk ternakan.

“Kami sudah membincangkan perkara ini enam bulan yang lepas dan sudah bersedia dengan pelbagai tindakan dan bantuan untuk diberikan sekiranya berlaku bencana banjir hujung tahun ini.

“Daripada segi bekalan makanan juga kami sudah bersedia dan sekiranya risiko ini berlaku dan mengalami kekurangan bahan termasuk ternakan, kita terpaksa import dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Bersama, Kongres Pertanian Antarabangsa (IAC) Ke-8 dan Simposium Antarabangsa Ke-6 Untuk Makanan dan Pertanian (ISFA) 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris dan Pengerusi Malayan Flour Mills Bhd, Tan Sri Arshad Ayub. - UTUSAN ONLINE