Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, memang sudah menjadi dasar kerajaan Australia untuk menghentikan eksport ke negara Islam menjelang sambutan berkenaan.

“Itu dasar mereka dan kita telah mengambil langkah awal bagi memastikan bekalan mencukupi di negara ini.

“Sebagai langkah persediaan, kita akan mengimport sehingga 40,000 ekor kambing dan lembu majoritinya dari Thailand untuk raya haji ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Salahuddin turut memaklumkan setakat ini bekalan lembu dan kambing yang berada dalam negara bagi perayaan Aidiladha tahun ini lebih 50,000 ekor. - UTUSAN ONLINE