Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bekalan ikan mencukupi

Simpanan ikan kembong 45 metrik tan

Irmohizam Ibrahim memeriksa ikan sejuk beku yang telah siap dibungkus
Irmohizam Ibrahim memeriksa ikan sejuk beku yang telah siap dibungkus semasa melawat Kompleks Bilik Sejuk Nekmat di Taman Wahyu, Kuala Lumpur semalam. Hadir sama, Ahmad Rudin Hussain (dua dari kanan). utusan/ZAkaria Idris

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan bekalan ikan bagi menghada­pi musim perayaan Hari Raya Aidil­adha tidak lama lagi kerana Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mengesahkan jumlah­nya mencukupi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak panik dengan bekalan makanan laut itu terutamanya ikan kembong yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

Katanya, meskipun jumlah tang­kapan ikan berkurangan ke­rana perubahan monsun daripada barat ke timur khususnya di pantai timur dan barat laut negara, namun bekalan tetap mencukupi berkat usaha berterusan Nekmat.

“Maklumat yang saya perolehi daripada Nekmat menjelaskan ke­tika ini bekalan ikan stabil iaitu sebanyak 880 metrik tan. Bekalan ini ada di semua pusat pe­ngumpulan persatuan itu.

“Saya juga ingin jelaskan ikan kembong di dalam simpanan Nekmat ialah sebanyak 45 me­trik tan. Jumlah ini sememang­nya mencukupi terutama ketika menghadapi musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Kompleks Bilik Sejuk Nekmat, Taman Wahyu dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Nekmat, Ahmad Rudin Hussain dan Pengurus Besarnya, Norizaman Ghazali.

Dalam pada itu, Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor memberitahu, Nekmat menawarkan ikan segar sejuk beku (Q’Fish) yang murah sekiranya dibandingkan dengan harga semasa dijual di pasar-pasar.

Sebagai contoh, beliau berkata, Nekmat telah menetapkan harga siling RM10 untuk sekilogram ikan kembong yang boleh didapati di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan juga pasar-pasar tani.

“Nekmat juga mengajak koperasi-koperasi di seluruh negara menjadi pengedar Q’Fish supaya rakyat boleh mendapatkan lebih banyak stok ikan dengan harga rendah, lebih-lebih lagi ikan kembung,” jelas beliau.

Selain itu, Irmohizam memberi peringatan kepada orang te­ngah untuk tidak mengambil ke­sempatan pada musim perayaan tidak lama lagi kerana bekalan ikan stabil serta mencukupi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain