Kebanyakan penduduk kampung itu terlibat dalam aktiviti krafta­ngan seperti anyaman dan menjahit, justeru dengan adanya bekalan elektrik telah membantu meningkatkan pengeluaran hasil kraftangan mereka.

Menurut Nuni Hamid, 42, jika sebelum ini dia hanya mampu membuat kerja pada waktu siang seperti me­nganyam bakul, namun selepas kampung tersebut memperoleh bekalan elektrik, dia dapat menjalankan aktiviti juga pada waktu malam.

“Menganyam bakul memerlukan ketelitian. Dahulu sukar untuk melakukannya kerja pada waktu malam kerana tiada bekalan elektrik. Sebelum ini, saya hanya mampu menyiapkan kira-kira lima buah bakul sehari, namun denngan adanya bekalan elektrik di kampung ini, saya kini dapat menambah kuantiti kepada 10 buah bakul sehari.

“Kemampuan menghasilkan anyaman dalam kuantiti yang lebih banyak, membolehkan sa­ya meme­nuhi lebih banyak tempahan dan permintaan da­ripada orang ramai.

“Boleh dikatakan setiap kali me­nerima tempahan sa­ya mampu memperoleh pendapatan ki­ra-kira RM300 yang sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rosnah Tiee, 37, pula ber­kata, aktiviti kraf­tangan seperti menganyam tikar dan bakul sudah menjadi aktiviti sam­pingan buat golongan wanita di kampung tersebut, selain tugas menguruskan rumah tangga.

“Sememangnya kami gemar membuat kraftangan namun aktiviti tersebut sedikit terbatas kerana kesi­bukan me­nguruskan rumah tangga dan anak-anak.

“Jadi, selepas elektrik dibe­kalkan di kampung ini, kami sudah boleh menjalankan aktiviti tersebut pada waktu malam pula,” katanya.