Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Azman Adam

berkata sehingga kini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan diterima pihaknya.

Jelas Azman, pihaknya juga telah memulakan gerakan bagi memastikan barangan keperluan harian ini berada dalam keadaan terkawal dan ia dilakukan sebelum Ramadan lagi.

"Kita telah berjumpa dengan para pembekal serta agensi kerajaan terlibat untuk memastikan bahawa tidak berlaku kekurangan barangan keperluan harian.

"Setakat ini, kita memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan harian terutama untuk perayaan Aidilfitri nanti tidak berdepan sebarang masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan Pemeriksaan Ops Catut 4.0 di Pasar Raya Tesco, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, antara barangan keperluan harian yang menjadi tumpuan pengguna sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ialah minyak masak, tepung gandum, gula, ikan dan ayam.

Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan pengguna agar tidak sesekali melakukan pembelian secara panik kerana semua barangan keperluan tersebut mencukupi. - UTUSAN ONLINE