Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun katanya, terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweeden, Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam Kottbullar.

“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.

“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan. - UTUSAN ONLINE