Video oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

Barangan termasuk bagasi itu mula dibawa keluar kira-kira pukul 12.13 tengah malam, dipercayai bagi tujuan siasatan.

Pergerakan keluar polis dikesan sekitar pukul 10.45 malam dengan beberapa anggota yang dilihat memakai baju tertera perkataan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Selain itu, turut dibawa polis keluar dari kondominium mewah itu ialah peralatan siasatan dipercayai mesin untuk mengira wang. - UTUSAN ONLINE