Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, hal ini demikian kerana, bazar yang menempatkan 32 gerai menjual pelbagai jenis makanan itu terletak di lokasi strategik dan mudah disinggahi orang ramai.

"Walaupun agak sesak, bazar ini tidak mengganggu laluan kenderaan di sini dan suasana ini tidak dapat kita rasai di tempat lain termasuk pusat beli belah," katanya selepas merasmikan Bazar Ramadan tersebut, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Haja Najmudeen Kader. - UTUSAN ONLINE