Sempena Ramadan kali ini, sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi media elektronik dan cetak diraikan dalam majlis berbuka yang diadakan malam tadi.

Pengarah Urusan Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd., Datuk Marco Seow Chee Han berkata, sepanjang Ramadan pihaknya menawarkan lebih 100 jenis masakan istimewa kepada pengunjung dengan tema `Masakan Sentimental Melayu'

"Selera Rampai Bufet Ramadan di Bayou Lagoon menjanjikan sajian Ramadan yang semestinya membuka selera anda bersama rakan mahu pun keluarga. Bufet kali ini disediakan oleh eksekutif chef Amran Adnan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun.

"Tahun ini kami memilih tema sentimental dalam masakan Melayu supaya pelanggan dapat merasai masakan terpilih setiap negeri yang ada di Malaysia di Bayou Lagoon termasuk masakan dari Pantai Timur," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Antara menu yang wajib dicuba adalah nasi mandy dengan kambing, daging kerutup dan kari ikan bendi. Selain itu pelbagai jenis lauk tradisional seperti sayur lodeh, ikan panggang kuah percik dan udang masak lemak belimbing.

Harga bagi bufet Ramadan di Bayou Lagoon adalah RM68 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun dikenakan sebanyak RM38 manakala warga emas dikenakan bayaran sebanyak RM58. Orang ramai yang ingin mencuba keenakan juadah berbuka di resort ini boleh melayari laman web www.bayoulagoon.com.my atau menghubungi talian 06-2330888 atau 013-2868750. - UTUSAN ONLINE