Maziana Abdul Majid, 36, berkata, mereka sekeluarga akan diterbangkan ke China pada akhir November ini untuk pembedahan yang diatur oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nadi Permata Malaysia.

“Saya merayu sumbangan daripada orang ramai untuk meringankan beban kami bagi menampung kos pembedahan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Maziana memberitahu, setakat ini jumlah yang dapat dikumpulkan adalah sebanyak RM45,000 yang mana RM20,000 diambil daripada simpanannya dan suami manakala RM25,000 lagi hasil sumbangan orang ramai.

Anaknya, Siti Hawa Mohamad Faqhrul Azhar, 10 bulan, dikesan menghidap penyakit kegagalan fungsi hati kira-kira sebulan selepas lahir.

Sumbangan boleh di­salurkan ke akaun Maybank 512679324551 atas nama Maziana atau menghubunginya di talian 017-6573717 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - UTUSAN ONLINE