Bayi perempuan yang dijumpai ditinggalkan di atas bangku lobi poliklinik di Hospital Taiping , Perak, semalam. Ihsan PDRM

Bayi yang dibuang di dalam sebuah beg berwarna biru muda berisi lampin pakai buang, tuala serta satu set pakaian bayi itu ditemukan oleh seorang penga­wal keselamatan hospital tersebut, kira-kira pukul 9.30 malam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah berkata, ekoran penemuan bayi itu, pengawal keselamatan ber­kenaan telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan pada pukul 10.30 malam.

“Bayi tersebut masih hidup dan telah diserahkan kepada hospital untuk penjagaan. Bayi itu juga mempunyai tali pusat yang masih merah dan sudah dipotong tetapi belum diikat.

“Sehubungan itu, orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan ibu atau keluarga kepada bayi berkenaan, diminta tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.