MUHAMMAD FAWWAZ MOHD. FADLAN

Mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd. Fadlan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling setelah dirujuk daripada Klinik Kesihatan Kupang, di sini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika mangsa sedang diberi makan buah berkenaan oleh pengasuh di taska tersebut.

“Tiba-tiba mangsa menangis dengan kuat sebelum tidak lama kemudian bayi itu didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Ketika penyelia pengasuh membawanya ke Klinik Kesihatan Kupang, mangsa dipercayai masih bernyawa sebelum disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Baling,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shariffuddin berkata, pemeriksaan tubuh badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sementara siasatan lanjut masih diteruskan. - UTUSAN ONLINE