Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, bayi yang masih mempunyai tali pusat berkenaan ditemukan dalam keadaan berbalut kain tuala oleh seorang wanita.

Menurut sumber, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan di pasar raya itu berikutan penemuan darah di dalam tandas premis berkenaan sebelum ditinggalkan di dalam bilik menyusu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian dan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan dan sedang mengesan ibu bayi berkenaan.

Tambahnya, bayi lelaki itu juga berada dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE