SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, ia melibatkan pembayaran cukai taksiran bagi penggal kedua tahun ini.

“Kempen ini diadakan mulai 15 Jun lalu sehingga 31 Ogos ini untuk pemegang harta dalam kawasan pentadbiran MBSA. Kempen ini diadakan dengan tajaan sebanyak RM200,000 daripada Bank Muamalat dalam bentuk pembukaan akaun simpanan atau akaun semasa.

“Kelayakan penyertaan bagi kempen ini ialah pemilik harta yang tiada tunggakan iaitu akaun yang berbaki kosong sehingga 31 Ogos 2018 dan pemilik harta yang membayar cukai taksiran setahun untuk 2018 serta tiada tunggakan,” katanya di sini, hari ini.

Shahrin menambah, Kempen Bayar Cukai Taksiran itu melibatkan tiga kategori cabutan hadiah iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pemilik Tiada Tunggakan dan Kategori Pemilik yang Membayar Cukai Taksiran Setahun bagi Tahun 2018 dan Tiada Tunggakan.

Jelasnya lagi, bagi Kategori Terbuka, hadiah utama merupakan akaun simpanan atau semasa bernilai RM50,000.00 untuk seorang pemenang; kedua, akaun simpanan atau akaun semasa bernilai RM30,000.00 untuk seorang pemenang; ketiga, akaun simpanan atau semasa bernilai RM4,000.00 untuk lima orang pemenang dan seterusnya akaun simpanan atau semasa bernilai RM2,000.00 untuk lima orang pemenang.

“Manakala bagi Kategori Pemilik Tiada Tunggakan, lima orang pemenang hadiah pertama berpeluang mendapat akaun simpanan atau semasa bernilai RM1,500. Selain itu, 10 orang pemenang akan menerima akaun simpanan atau semasa bernilai RM1,000.00 dan 12 orang pemenang menerima akaun simpanan atau semasa bernilai RM500.

“Bagi Kategori Pemilik yang Membayar Cukai Taksiran Setahun bagi Tahun 2018 dan Tiada Tunggakan akan ditawarkan hadiah akaun simpanan atau semasa bernilai RM1,500 untuk 12 orang pemenang,” katanya.

Selain pembayaran cukai taksiran di Kaunter Utama Wisma MBSA dan pejabat cawangan, orang ramai boleh membayar secara dalam talian menerusi laman sesawang www.mbsa.gov.my, www.maybank2u.com.my, www1.uob.com.my, www.mbfcards.com, www.citibank.com.my, www.ambankgroup.com, www.rhbgroup.com, www.bankislam.com.my, www.irakyat.com.my, www.cimbclicks.com.my, www.affinbank.com.my, www.pbebank.com.my, www.i-muamalat.com.my dan www.cimb-bizchannel.com.my.

Bagi memberi lebih pilihan, saluran bayaran baharu melalui JomPAY juga diperkenalkan yang mana pembayar hanya perlu memasukkan biller code: 7567, nombor akaun baharu pada Ref-1 dan nombor telefon pada Ref-2 seterusnya memasukkan jumlah bayaran. - UTUSAN ONLINE