Sultan Ibrahim bertitah, masih mengingati pesanan ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, iaitu Pulau Batu Puteh adalah milik Johor.

“Walaupun saiz pulau itu kecil, namun setiap inci tanah negeri Johor mesti dipertahankan kerana itu adalah lambang kedaulatan Johor dan menjadi sebahagian kedaulatan Malaysia.

“Saya minta semua rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan berdoa supaya kita beroleh kejayaan dalam kes tuntutan tersebut,” titah baginda semasa merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Pagoh, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE