Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Ibrahim Ismail berkata, jumlah keseluruhan jualan untuk industri kraftangan negara dalam tempoh tersebut ialah RM 142 juta.

Beliau berkata, pihaknya amat yakin nilai jualan tekstil batik itu akan terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi menerusi pengiktirafan kualiti yang dilaksanakan.

"Jika kita lihat pencapaian industri kraf di negara ini, terdapat seramai 5,504 usahawan kraf berdaftar dan bergiat aktif dengan Kraftangan Malaysia sehingga Ogos lalu.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 1,686 orang merupakan usahawan kraf tekstil yang mana seramai 666 orang adalah usahawan batik termasuk 89 usahawan batik yang lulus ujian kualiti yang diadakan," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan Sijil Pematuhan Standard MS 692 Batik Malaysia kepada 11 usahawan di Pusat Inovasi Kraf Batik, Perbadanan Kemajuan Kraftangan cawangan negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur, Kamaroz Zaman Mohd. Salleh dan Pengarah Kraftangan negeri, Sohibul Azri Ahmad. - UTUSAN ONLINE