HAFISHAM MOHD. NOOR
HAFISHAM MOHD. NOOR 

Demikian amaran yang ditegaskan Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor susulan daripada kejadian maut remaja lelaki di Rembau, Negeri Sembilan akibat bermain telefon yang sedang dicas.

Ujar Hafisham, kejadian renjatan elektrik boleh berpunca daripada sambungan soket yang longgar atau bocor, manakala kebakaran bateri pula berpunca daripada kondisi bateri telefon pintar yang lemah.

“Kes renjatan atau kejutan elektrik ini biasanya berpunca daripada sambungan soket yang bocor mengakibatkan pengaliran elektrik keluar sekali gus ‘menangkap’ mangsa atau pengguna. Kejadian sebegini boleh membawa maut akibat pengaliran voltan yang tinggi.

“Berbeza dengan kejadian bateri telefon yang terbakar, itu adalah berpunca daripada bateri yang lemah menerima pengaliran tenaga elektrik tinggi mengakibatkan bateri mengalami penyimpanan haba yang tidak konsisten seterusnya mengakibatkan kebakaran,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Ibu mangsa, Jamaiyah Hamizah, tidak dapat menahan sebak ketika

Ibu mangsa tidak dapat menahan sebak ketika melihat jenazah anaknya iaitu remaja berusia 16 tahun yang maut akibat renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit  di Kampung Gaing Baru, Pedas, semalam. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Jelas Hafisham, walaupun kedua-dua kes berkenaan mencatatkan peratusan yang rendah di Malaysia dan merupakan kes terpencil, namun isu itu perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan masyarakat.

“Nasihat untuk individu di luar sana, jangka masa dan kekerapan penggunaan bateri merupakan punca utama kepada kemalangan kebakaran bateri dan renjatan elektrik. Jika badan telefon panas walaupun dalam keadaan ia tidak dicas, itu menunjukkan bahawa bateri dalam keadaan yang lemah.

“Seelok-eloknya hindari daripada menggunakan telefon pintar yang sedang dicas dan itu adalah tindakan yang paling baik untuk mengelakkan daripada berlaku kecelakaan,” tambahnya.

Sejak tahun 2002 sehingga 2017, Suruhanjaya Tenaga telah menerima laporan dan menyiasat sebanyak 914 kes kemalangan elektrik termasuk kes renjatan elektrik akibat bermain telefon ketika dicas di mana daripada jumlah itu, sebanyak 457 melibatkan kes maut.

Dalam pada itu, semalam, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dengan telinga sebelah kiri terdapat kesan darah dan sebuah telefon bimbit yang sedang dicas ditemukan berdekatan mangsa di mana kes itu masih dalam siasatan JBPM Negeri Sembilan. – UTUSAN ONLINE