Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, langkah itu diambil ekoran penurunan jumlah sarang spesies berkenaan kepada 20 sarang tahun lalu berbanding 36 sarang pada tahun sebelumnya.

Menurut beliau, projek tambakan laut dan pembangunan di sekitar kawasan tersebut diakui memberi kesan kepada jumlah pendaratan penyu bukan hanya di Pulau Upeh malah di beberapa lokasi pendaratan lain sekitar Melaka.

"Tambakan laut salah satu punca penyu kita ini tidak mahu mendarat lagi di beberapa kawasan yang dikenali sebagai lokasi pendaratan spesies itu sebelum ini.

"Saya seboleh-bolehnya akan pertahankan hak penyu terutama pendaratannya di Padang Kemunting ini sebab kalau penambakan laut itu berterusan, kemungkinan penyu-penyu ini akan merajuk dan tidak akan kembali mendarat di sini lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program Hari Penghargaan Pekerja Konservasi Penyu 2018 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, di sini, petang tadi. - UTUSAN ONLINE