Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, kesemua tujuh mangsa cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.57 pagi dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi anggota telah memantau keadaan tempat kemalangan dan berusaha menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

“Kesemua mangsa dibawa ke pusat rawatan terdekat oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE