Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Segamat menghala ke Johor Bahru bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan berlaku apabila lori itu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan bas ekspress tersebut.

“Kita menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.28 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba Bandar Baru Segamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua 45 pelajar Kolej Vokasional Segamat dan mangsa lain yang cedera dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi pembersihan kawasan kemalangan yang dilakukan lima anggota bomba masih berjalan ketika ini,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE