Allahyarham Hussain Abdul Rahman, 91, yang juga bapa mentua kepada bekas Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Abdullah Hassan itu menghembuskan nafas ter­akhir kira-kira pukul 10 malam.

Radhuan berkata, ayahnya terlantar akibat penyakit angin ahmar itu sejak lebih tiga tahun lalu.

“Bagaimanapun, keadaannya makin tenat dan kritikal dalam lima hari kebelakangan ini,” katanya.

Allahyarham Hussain mempunyai tujuh anak serta lebih 20 cucu. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai Rendah kira-kira pukul 11.30 pagi ini.