Menurut bapa kepada empat orang anak itu, Firman Hasani Selamat, 37, anak sulungnya, Aqmal Khaleq, 11, itu tidak pulang ke asramanya di Tahfiz Al Aziziah, Keramat selepas dikatakan keluar bersama rakannya itu yang berusia 13 tahun.

“Buat masa ini saya sedang mencarinya di sekitar KLCC, Bukit Bintang dan kawasan sekitar. Saya merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi saya.

“Saya masih belum membuat laporan polis mengenai kehilangannya memandangkan dia hilang tidak sampai 24 jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 012-326 2629 atau isterinya 010-221 2342. - UTUSAN ONLINE