MUSTAPHA CHE YAAKOB
MUSTAPHA CHE YAAKOB

Jenazah Mustapha Che Yaakob, 70, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Cangggoh di sini kira-kira pukul 11 pagi ini bersebelahan pusara isterinya.

Mohd. Asron yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia mewakili keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pengebumian jenazah Allahyarham.

“Bagi pihak arwah bapa, saya sebagai anak lelaki tunggal memohon sejuta kemaafan. Semoga syurga juga tempat untuk ayah dan bonda saya,” katanya di sini hari ini.

Mustapha ditemukan anak saudara yang juga jirannya dalam kea­daan duduk di kerusi di ruang tamu, kira-kira pukul 9 malam tadi dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, anak saudara Allahyarham, Mohd. Azmi Ismail, 52, meminta anaknya menjenguk warga emas itu kerana hairan apabila mendapati lampu di depan rumah Mustapha tidak dinyalakan seperti biasa pada waktu malam.

Selepas diberitahu anaknya bahawa Mustapha tidak sedarkan diri, Mohd. Azmi bergegas ke rumah arwah namun mendapati bapa saudaranya itu sudah meninggal dunia.