BBC melaporkan, selepas Kirsten Coz, 10 tahun, tidak dibenarkan menaiki bas sekolah selama tiga hari kerana membuli, bapanya, Matt membuat keputusan untuk memberi pengajaran kepada anak perempuannya itu.

Matt menyuruh Kirsten berjalan kaki ke sekolah sambil dia memandu kereta mengikuti anak perempuannya.

Video insiden tersebut ditonton lebih 15 juta pengguna Facebook dan meraih ribuan komen. - AGENSI