ABDUL RAZAK SALLEH
ABDUL RAZAK SALLEH

Abang kepada pasangan kembar itu, Mohd. Zafran, 43, berkata, ayah mereka meninggal dunia akibat asma dan masalah usus.

Beliau berkata, arwah dimasukkan ke wad HTJ semalam untuk rawatan lanjut selepas dinasihatkan oleh doktor.

"Bagaimanapun keadaannya semakin kritikal petang ini sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4 petang ini," katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu dekat Sikamat di sini sebentar tadi.

Mohd. Zafran berkata, Mohamad Zaquan Adha yang berada di Manila, Filipina manakala Aidil Zafuan di Singapura kini dalam perjalanan pulang ke sini.

Tambahnya, jenazah telah dibawa pulang ke rumah di Taman Rashidah di sini dan dijangka dikebumikan di Makam Tuan Haji Said dekat sini esok. - UTUSAN ONLINE