MUSA KAMIS
MUSA KAMIS

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA, Musa Kamis yang mewakili 57,000 peladang dalam kawasan Muda menyambut baik pengumuman itu bagi memastikan kehidupan golongan tersebut dalam keadaan selesa.

"Kami terharu dengan pengumuman ini serta pengumuman lain berkaitan pertanian berada di dalam Bajet 2018. Ini merupakan suatu penghargaan daripada kerajaan yang mengangkat sektor pertanian setaraf dengan sektor industri lain.

"Selain itu, pengumuman peruntukan sebanyak RM200 juta untuk sumber kekayaan baharu khususnya untuk penanaman jagung bijian, kelapa, durian dan sektor kulinari serta industri tenusu turut memberi peluang penambahan pendapatan kepada peladang-peladang termasuk di kawasan MADA," katanya, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga menyambut baik pengumuman Perdana Menteri melalui peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menambahbaik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaiktaraf jalan ladang yang pasti akan dapat meningkatkan lagi kecekapan pengurusan ladang serta kualiti hidup masyarakat desa.

"Kita mengharapkan peladang-peladang menghargai keprihatinan kerajaan ini dengan melipatgandakan usaha untuk terus menyumbang kepada negara," katanya. - UTUSAN ONLINE