Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, langkah itu adalah selaras dengan polisi kementerian yang tidak semata-mata memfokuskan terhadap pembelajaran tetapi juga kesinambungan pencapaian mereka selepas itu.

Selain itu katanya, golongan itu turut akan diutamakan dalam pemberian Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) sebagai modal perniagaan mereka.

“Kita mengambil langkah ini kerana kita tidak mahu penerima sijil ini kelak hanya menggantungkan sijil mereka di rumah.

“Kita mahu mereka menceburi bidang keusahawanan malah kita menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penerima sijil ini menjadi usahawan dalam bidang mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen SKM-PPT Kemas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE