Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, bayaran bantuan khas itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta. - UTUSAN ONLINE