NICOLE TAN
NICOLE TAN

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, langkah itu diperkenalkan untuk kemudahan para penerima yang telah memberi maklum balas mengenai kaedah pengagihan bantuan tersebut.

Katanya, pemberian bantuan itu secara tunai telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat termasuk dakwaan berlaku penyelewengan serta memberi kelebihan politik kepada pihak yang menyampaikannya.

"Jika bantuan ini disalurkan melalui akaun bank, ia lebih selamat dan memenuhi kehendak masyarakat yang mahukan kaedah itu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini, jumlah penerima bantuan tersebut adalah seramai 25,099 melibatkan peruntukan kira-kira RM7.5 juta setiap bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nicole memberitahu, rakyat negeri ini juga boleh menghantar borang memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat berbanding hanya pada Isnin sebelum ini.

"Selain itu, kita juga meminta para penerima bantuan memperbaharui permohonan masing-masing tiga bulan sebulan tamat tahun yang berkenaan.

"Ini bermakna bagi tahun ini, para pemohon boleh berbuat demikian pada bulan Oktober ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE