Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bantu tangkis persepsi negatif – TPM

Ahmad Zahid Hamidi melihat model kenderaan keluaran Demak pada
AHMAD ZAHID HAMIDI melihat model kenderaan keluaran Demak pada majlis pelancaran model-model terbaharu motosikal Demak di Kuala Langat, Selangor, semalam. utusan/Nasirruddin Yazid

KUALA LANGAT 21 Mei – Semua pemimpin dalam kalangan pemain industri di negara ini diharap berganding bahu dengan kerajaan dalam memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap kedudukan ekonomi negara ini.

Saranan itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyifatkan usaha berkenaan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan para pelabur dari luar untuk melabur serta membuka operasi mereka di Malaysia.

Kata beliau, Malaysia dari segi asas ekonomi sebenarnya kukuh, namun berhadapan de­ngan sera­ngan persepsi dan emosi yang dimainkan oleh para penganalisis ekonomi serta politikus tertentu yang mungkin berniat mahu menyemai kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Bagaimanapun berdasarkan perangkaan bagi suku pertama tahun ini, prestasi ekonomi Malaysia meningkat pada kadar 5.6 peratus iaitu melepasi sasaran unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada sekitar 4.2 peratus.

“Inilah hakikat kedudukan eko­nomi negara, yang sebenarnya kukuh disebabkan kestabilan politik, keselamatan serta keyakinan pelabur sama ada domestik dan asing terhadap negara ini.

“Prestasi tersebut mampu dicapai pada kadar yang lebih daripada itu jika tiada persepsi negatif terhadap ekonomi negara yang dimainkan oleh para peng­analisis yang berbentuk sentimen emosi,” katanya ketika berucap melancarkan empat model baharu motosikal dan empat ken­deraan perniagaan kecil keluaran Demak di DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. (DNC Asiatic), Pusat Perindustrian Olak Lempit, Ban­ting di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Pengerusi DNC Asiatic, Datuk Seri Feona Wan Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Shariff.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan para pemain industri tempatan di negara ini bahawa tanpa bantuan serta sokongan daripada Kerajaan Pusat, adalah mustahil negara termasuk sektor perniagaan dan industri dapat dicapai pada tahap yang baik ketika ini.

“Yakinlah bahawa Putrajaya mahu pengukuhan ekonomi dicapai untuk manfaat industri, negara dan rakyat tanpa mengira di mana sesebuah pelaburan dibuat.

“Tanpa bantuan Putrajaya, kejayaan perniagaan dan ekonomi mustahil boleh dicapai. Kita perlu hargai usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia),” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain