Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan itu penting kerana Angkasa memerlukan wang untuk membantu meringankan beban pelbagai pihak yang tidak berkemampuan.

“Kita telah melancarkan tabung tersebut pada tahun 2010 dan mahu membantu lebih ramai masyarakat di masa akan datang.

“Untuk itu kami memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menampung kutipan yang diberikan oleh kakitangan kami,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri program Kempen Tabung Infaq Lil-Waqf Angkasa di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Angkasa, Datuk Mohamad Ali Hassan serta Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf Angkasa, Datuk Nooh Gadot.

Jelas Abdul Fattah, pada tahun lalu pihaknya telah membeli dua buah mesin hemodialisis serta menanggung kos rawatan buah pinggang bagi pesakit kronik. - UTUSAN ONLINE